Selasa, 29 November 2011

Hari Pertama di Kampus Sintok, Universiti Utara Malaysia (UUM)

         Hari ini merupakan hari pertama saya melangkah kaki di kampus Sintok,Universiti Utara Malaysia.Perasaan ini begitu terharu,sebak dan teruja apabila melepasi pintu gerbang kampus ini.Pelbagai perasaan bercampur-baur dalam hati saya.Pada saat itu, hati kecil ini berdetik “alhamdullillah akhirnya aku Berjaya juga ke universiti dan disini bermulanya perjalanan baru yang harus aku hadapi”  dengan hati yang penuh kesedaran.Keterujaan saya juga berselang-seli dengan perasaan tidak sangka kerana kawasan kampus ini sangat luas dari jangkaan saya.Keadaan ini cukup member sedikit rasa lucu kerana kami sekeluarga hampir sesat ketika mencari Dewan Penginapan Pelajar  (DPP) EON yang didiami oleh saya sekarang.Suasana disini amat menarik sehingga ia mampu memupuk rasa kedamaian yang sangat sukar digambarkan dengan kata-kata.Udara disini amat segar dan bersih serta burung-burung berkicauan telah member suatu atmosfera yang indah.Setibanya saya di DPP EON,kaki ini saya rasa kan seperti tidak memijak tanah kerana berjalan berjalan begitu laju sekali ke kawasan pendaftaran pelajar baru.Suasana disitu amat bising dan hiruk-pikuk dengan suara orang ramai.Kekalutan ketika itu membuktikan ramai pelajar baru semester pertama  yang mendaftar  pada semester ini.Urus setia  disitu mengarahkan kami beratur bagi melancarkan majlis.saya terpaksa beratur panjang dan ia sangat memenatkan serta cuaca panas.Setelah selesai mendaftar dan kunci bilik telah diambil saya terus menuju ke bilik yang diberikan dan bermula episod baru dalam hidup saya yang baru.Di bilik yang ditetapkan saya bertemu dan berkenalan dengan  seorang rakan sebilik yang berasal dari Kuala Besut,Terangganu.Proses komunikasi pada mulanya susah kerana mengalami percanggahan bahasa tetapi ia dapati diatasi dengan baik.Kawan sebilik dengan saya amat baik dan ramah-tamah.Agenda seterusnya saya lakukan ia merehatkan diri kerana kepenatan sepanjang proses pendaftaran sebelum bermula hari orientasi pada petang tersebut.Setelah selesai solat zuhur,saya dan rakan sebilik saya telah turun ke Dewan Cenderawasih di DDP kami bagi mengikuti hari orientasi yang boleh dikatakan sebagai satu kewajiban pelajar baru sepanjang setiap semester.Pelbagai pengalaman baru bakal saya temui dalam kamus hidup saya dan ia sangat mengujakan.Indah sekali pengalaman saya pada hari pertama di Kampus Sintok,Universiti Utara Malaysia.Ia merupakan kenangan terindah sepanjang hidup saya yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan